Monday, March 17, 2008

Mulanya Di Sini

It was on one of those evenings, I can’t exacly recall when; but it was certainly in the few weeks before puasa of 2007 that Saifudin called. As usual, he will get excited whenever his “boys” in Kuala Lumpur give him some gems of information which he thought I have overlooked – bits and pieces of insight from looking at a maze of numbers which I don’t think he can quite make out on his own.

‘Ya tuan. Apa cerita KL?’ my usual and customary answer to all calls coming from Kuala Lumpur, either from those who live there, or from those whom I know are temporarily there for one reason or the other.

‘Eh, Tombei, you tau tak, it looks like DAP is gonna get the biggest benefit from the present situation,’ Saifudin cleared his throat from somewhere in Kuala Lumpur. And as I can vividly recall, he sounded like he had a lump in his throat, very excited, as though a karaoke GRO had groped his balls. (Not that to the best of my knowledge Saifudin Nasution is that type of a person, a karaoke lizard, I mean, but that night he nonetheless sounded like one, groped).

‘Datuk Seri tau dah?’ I asked, as if I don’t already know the answer.

Anwar Ibrahim knew. So did Husam Musa. In Husam’s case, the findings of the simulation have been explained a few days earlier.

Kedua-dua Anwar dan Husam tahu bahawa penerima manfaat terbesar dari kebangkitan politik di kalangan rakyat yang sedang berlaku ketika itu ialah DAP.

Tetapi di ketika itu, saya tidak fikir mereka memahami sepenuhnya implikasi hakikat ini, apatah lagi mempunyai ‘Pelan A’ atau ‘Pelan B’ untuk berdepan dengannya. Malah apa yang saya boleh lihat dari merenung mata Husam Musa ialah sikap – apa hal pun, kita rampas parlimen dulu, soal penguasaan DAP kita fikir kemudian.

Terima kasih Tun Mahathir dan SPR kerana telah menggariskan peta-peta pilihanraya sebegitu rupa, dengan persempadanan yang convoluted, di mana, diberi wujud sekelompok penggundi Cina, persempadanan daerah mengundi akan menjadikan mereka penentu parti mana yang bertanding akan menang.

Tetapi senjata ciptaan Mahathir nyata telah makan tuan. Dalam beberapa minggu yang mendatang ini UMNO dan Barisan Nasionalnya akan hancur lerai jua akibatnya.

Kaum Cina yang selama 50 tahun dianggap ‘penyelamat’ dan ‘pasak’ kepada cengkaman ekonomi dan politik UMNO ke atas Malaysia telah enggan diperkudakan lagi. UMNO telah dicendas kaum Cina kuda tonggangan mereka. Padan muka UMNO petualang bangsa.

Screen capture di atas ialah paparan sebahagian dari program simulasi yang telah digunakan untuk menganggar berapa banyak kerusi Barisan Alternatif boleh menang diberi senario peratus sokongan dari kaum-kaum utama Malaysia pada tahap-tahap tertentu.

Sepengetahuan penulis, program ini telah digunakan oleh Saifudin Nasution dan Husam Musa untuk menggariskan strategi PKR dan PAS untuk PRU12.

Khususnya hasil simulasi telah dijadikan asas dalam siri rundingan berasingan PKR-PAS dan PKR-DAP di mana the over riding objective dalam rundingan-rundingan tersebut ialah tidak berlakunya pertandingan tiga penjuru antara komponen BA dengan Barisan Nasional bagi semua kerusi yang dipertandingkan.

Diberi situasi politik ketika itu, jangkaan terbaik ialah BA memenangi antara 67 hingga 78 kerusi parlimen.

Keputusan PRU12 di mana BA memenangi 86 kerusi adalah memeranjatkan kerana hinggalah ke saat-saat senja hari esoknya membuang undi, tiada siapa di kalangan pemikir Barisan Alternatif menjangka tahap kebencian kaum India terhadap Dollah dan Menantunya melepasi garis 25% dari semua India yang berdaftar mengundi. Bab peratus undi Cina ramai yang selesa meneka, tetapi undi India, tiada yang begitu optimis.

Pengajaran besar untuk PAS dari episod ini?

Kita boleh ‘makan’ DAP, tetapi PAS mesti mula membuka dada dan minda kepada agenda kaum India. Lupakan program ‘memasyhurkan’ Tuan Guru Nik Aziz di Masjid Besar Shah Alam, Selangor. Sebaliknya fikirkan Tuan Guru Nik Aziz di atas mimbar Masjid India dan Masjid Pakistan, Kuala Lumpur.